pusat kehadiran wajib - Portal Rasmi Mahkamah Negeri Selangor

Download Report

Transcript pusat kehadiran wajib - Portal Rasmi Mahkamah Negeri Selangor

TAKLIMAT PELAKSANAAN HUKUMAN ALTERNATIF

PERINTAH KEHADIRAN WAJIB

JABATAN PENJARA MALAYSIA OLEH: C.INSP SHAMSUL ZURAIMI MAT SHAH

PEGAWAI PAROL/PEGAWAI PUSAT KEHADIRAN WAJIB NEGERI SELANGOR

APA ITU PERINTAH KEHADIRAN WAJIB..?

 Perintah Kehadiran Wajib Pesalah merupakan salah satu alternatif daripada hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah, tanpa menjejaskan kehidupan pesalah dalam masyarakat.

 Dalam Perintah ini mahkamah akan mengarahkan pesalah melaporkan diri setiap hari di Pusat Kehadiran Wajib untuk melaksanakan kerja untuk kepentingan masyarakat dan mengikuti program pemulihan tidak melebihi empat jam sehari.  Pesalah akan diselia Pegawai Pusat Kehadiran Wajib di pusat-pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara.  pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan ringan diberi pilihan menjalankan kerja khidmat masyarakat tanpa kehilangan pekerjaan.

Carta Organisasi KAEDAH PELAKSANAAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI JABATAN PENJARA MALAYSIA BHG. PAROL IPPM

[SEKSYEN PERINTAH KEHADIRAN WAJIB]

PEJABAT PAROL NEGERI PEJABAT PAROL DAERAH

KANAPA PERLU PKW…?

◦ Mengurangkan kos kerajaan dalam menanggung pesalah-pesalah kesalahan kecil sekiranya ditempatkan dalam penjara.

◦ Mengurangkan kesesakan dalam penjara.

◦ Pesalah-pesalah kes jenayah ringan masih terus dapat meneruskan pekerjaan asal dan menanggung keluarga mereka.

KANAPA PERLU PKW…?...CONT

◦ Kerajaan dapat melaksanakan projek untuk kepentingan masyarakat seperti membuat kerja-kerja kebersihan di taman-taman permainan, rumah-rumah ibadat, rumah-rumah orang tua dan lain-lain lagi.

◦ Pesalah akan mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

◦ Mengurangkan impak prisonization bagi kes hukuman ringan.

ke atas pesalah

KANAPA PERLU PKW…?...CONT

◦ Memberi kesan positif dengan mengurangkan offending.

re ◦ Mengekalkan keakraban dan keharmonian institusi keluarga.

Definasi Pusat Kehadiran Wajib

Lokasi atau pusat-pusat yang diwartakan untuk pesalah melaporkan diri dan menerima arahan kerja dari Pegawai Pusat Kehadiran Wajib. Pusat Kehadiran Wajib diwartakan oleh Menteri Dalam Negeri pada 04 Julai 2010 melalui pewartaan ( KDN PDP (S): 03/22/3(2) )

Definasi Pegawai Kehadiran Wajib

Pegawai-pegawai penjara yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara untuk menguruskan pesalah-pesalah di bawah Seksyen 4 Akta Kehadiran Wajib 1954. (Akta 461) Pegawai Pusat Kehadiran Wajib berpangkat Penguasa Penjara ( Ketika ini Pengarah Parol Negeri dilantik) Pegawai Pusat Kehadiran Wajib boleh menurunkan kuasa kepada semua Pegawai Parol Daerah dan Penolong Peg.Parol

Daerah bagi menjalankan tugas-tugas bagi pihaknya.

Definasi Penyelia Pusat Kehadiran Wajib

Penyelia Pusat Kehadiran Wajib berpangkat Inspektor Penjara dan ke bawah yang ditugaskan menyelia kerja-kerja pesalah di tempat yang ditetapkan.

UNDANG-UNDANG

Perintah Kehadiran Wajib termaktub di dalam Malaysia.

Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [Akta 461] di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Penjara

Seksyen 2 – Tafsiran 1.Maksud kerja wajib maknanya kerja buruh, tugas, kerja atau kursus pengajaran.

2.Diperintahkan oleh Pegawai Pusat KehadiranWajib ( kuasapegawai menetapkan jenis kerja ).

Seksyen 3 – Penubuhan Pusat Kehadiran Wajib 1. Kuasa Menteri KDN untuk menubuhkan Pusat Kehadiran Wajib.

2. Cadangan Jabatan Penjara untuk menggunapakai institusi penjara dan Pejabat Parol Negeri / Daerah sebagai Pusat Kehadiran Wajib.

Seksyen 4 – Perlantikan pegawai untuk menjaga pusat kehadiran wajib (Pegawai Pusat Kehadiran Wajib) 1. Kuasa Komisioner Jeneral Penjara untuk melantik pegawai yang menjaga Pusat Kehadiran Wajib.

2. Pegawai terdiri daripada Penguasa Penjara atau pegawai yang menjaga institusi penjara.

OBJEKTIF

1.

Memberi peluang kepada pesalah yang melakukan kesalahan ringan menjalankan kerja khidmat kepada masyarakat sebagai proses pemulihannya.

2.

Membantu pesalah mengekalkan pekerjaannya dan sumber pendapatan keluarga walaupun menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib.

3. Membantu pesalah mengekalkan peranan dan tanggungjawabnya dalam keluarga tanpa menjejaskan kehidupan pesalah dalam masyarakat.

4.

Mengurangkan impak kes hukuman ringan.

prisonization

ke atas pesalah bagi

APAKAH KESALAHAN YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PKW..?

AKTA PENGANGKUTAN JALAN

Sek. 21 Cukai jalan tamat tempoh

Sek. 26(1) Tiada lesen memandu

Sek. 42(1) Memandu secara melulu dan merbahaya

Sek. 50(1) Menjaga parking secara haram

KESALAHAN …cont.

AKTA KESALAHAN KECIL

Sek. 15(a)(c) Merosak harta benda awam

Sek. 29(1) Memiliki barang secara haram

Sek. 28(1) Memiliki alat perkakas pecah rumah

KESALAHAN …cont.

KANUN ACARA JENAYAH

 Sek. 297 Melanggar syarat semasa dalam perhatian polis  Sek. 297 (c) Tidak melaporkan diri

AKTA PERNIAGAAN SINGKAT 1983

 Sek. 4(1)(b) Bekerja di tempat hiburan yang tiada lesen

ORGANISASI PELAKSANAAN Bagi memastikan pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib ini diurus dengan efektif dan efisien, ia memerlukan pertambahan perjawatan dalam jangka panjang.

Peringkat awal pelaksanaan struktur organisasi sedia ada akan digunakan bagi melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib ini seperti berikut : (i) Bahagian Parol Ibu Pejabat Penjara (Unit Perintah Kehadiran Wajib).

(ii) Pejabat Parol Negeri.

(iii) Pejabat Parol Daerah.

(iv) Institusi Penjara.

PEJABAT OPERASI i).

BAHAGIAN PAROL IBU PEJABAT PENJARA (Unit Perintah Kehadiran Wajib).

o Unit ini adalah peringkat tertinggi dalam pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Komisioner Jeneral Penjara dalam mentadbir dan menguruskan pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib.

ii).

Pejabat Parol Negeri

o Sebanyak 12 Pejabat Parol Negeri di seluruh Malaysia akan bertanggungjawab dalam mentadbir dan menyelia para pegawai serta Pesalah Perintah Kehadiran Wajib.

o Pegawai Parol Negeri juga bertanggungjawab mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab penyeliaan ke atas Pesalah di peringkat negeri .

iii) Pejabat Parol Daerah

o Sebanyak 42 buah Pejabat Parol Daerah di seluruh negeri telah dikenalpasti sebagai Pusat Kehadiran Wajib yang akan dilaksanakan.

o Pegawai Parol Daerah bertanggungjawab dalam menyediakan laporan penilaian Pesalah yang menjalani Perintah Kehadiran Wajib.

o Semua Pesalah dikehendaki melaporkan diri di Pejabat Parol Daerah (Pusat Kehadiran Wajib berdekatan) apabila dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

OBLIGASI PESALAH-PESALAH

o Semua Pesalah-Pesalah dikehendaki melaporkan diri kepada Pegawai Pusat Kehadiran Wajib di Pusat-Pusat Kehadiran Wajib yang ditetapkan apabila dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

o Hukuman tidak melebihi 3 bulan o Remitan 1/6 daripada hukuman o Kerja wajib yang dilaksanakan tidak melebihi 4 jam sehari ( tidak termasuk masa rehat, makan, minum, perjalanan )

Langgar Syarat

MAHKAMAH

Mengeluarkan Perintah Kehadiran Wajib

PUSAT KEHADIRAN WAJIB, JABATAN PENJARA MALAYSIA

Proses Penerimaan PKW Proses Penyeliaan PKW Tidak Langgar Syarat Proses Pembebasan PKW

MASYARAKAT

Tempoh PKW = <3 bulan Kerja Wajib = <4 jam sehari

CONTOH-CONTOH KERJA BAGI PERINTAH KEHADIRAN WAJIB 1.

Bekerja bersama kakitangan Kerajaan Tempatan / PBT untuk membersihkan kawasan persekitaraan bandaran dan sebagainya.

2.

Bekerja di Hospital / Pusat Kesihatan awam dalam membantu orang sakit yang berusia dan lain-lain.

3.

Bekerja di tempat rekreasi, tandas serta kemudahan awam, padang permainan kanak-kanak serta premis-premis kerajaan.

4.

Bekerja di Rumah-Rumah ibadat, Rumah Kebajikan dan Rumah Anak Yatim dan Jagaan Khas.

5.

Menghadiri kelas-kelas syarahan, kelas motivasi dan ceramah-ceramah yang berkaitan kerjaya.

6.

Menghadiri kursus-kursus jangka pendek di pusat-pusat latihan seperti di CIDB, TEKUN Nasional serta kursus jangka pendek yang ditaja dan pusat-pusat latihan kemahiran kerajaan.

7.

Kerja-kerja lain yang didapati sesuai oleh Pegawai Kehadiran Wajib di daerah berkenaan.