KURSUS UMRAH - Noble Travel & Tours (M) Sdn Bhd

Download Report

Transcript KURSUS UMRAH - Noble Travel & Tours (M) Sdn Bhd

Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
UMRAH
Bererti berziarah ke Baitullah di Makkah dengan berihram
Umrah untuk mengerjakan tawaf, Sa’ie dan lain-lain rukun
serta wajibnya.
Umrah diwajibkan ke atas semua islam yang telah memenuhi
syarat,
sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya
berula-ulang kali.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Hadis Nabi Muhammad s.a.w:
Maksudnya:
“Daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w,
Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup
syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu
terlebih dahulu.”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi:
Maksudnya:
“Umrah itu kifarah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang
dilakukan di antaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan
Haji yang mabrur itu balasannya adalah syurga”
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
ADAB-ADAB PERJALANAN


Mandi sunat musafir
Solat sunat musafir
 Bacaan surah dalam rakaat pertama – Surah Al-Kaafirun
 Bacaan surah dalam rakaat kedua – Surah Al-Ikhlas
 Membaca doa solat sunat musafir

Bacaan doa sebelum meninggalkan rumah
1. Surah Al Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Nas
4. Ayat Kursi
5. Berdoa
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Doa apabila hendak keluar dari rumah
Maksudnya: Dengan nama Allah aku melangkah, berserah diri
kepada Allah, tiada daya upaya dan kekuatanu melainkan
dengan pertolongan Allah.
 Doa ketika menaiki kenderaan
Maksudnya: Maha Suci Engkau, ya Allah, yang telah
mempermudahkan kenderaan (perjalanan) ini untuk kami.
Sebenarnya kami sendiri tiada mempunyai kesanggupan
untuk mengendalikan. Dan kami semua akan kembali
kepada Tuhan kami.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Doa ketika menaiki kapal terbang
Maksudnya: Dengan nama Allah pada waktu berangkat dan
pada waktu mendarat, sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
SOLAT JAMA’ DAN QASAR
Setelah meninggalkan rumah, dibolehkan melakukan solat
qasar dan jama’. Solat ini boleh dilakukan di mana
manasahaja dengan syarat perjalanan itu melebih jarak 91km.
Cara-cara solat musafir:
1.
Menangguhkan solat Maghrib untuk dikerjakan dalam
waktu solat isya’. Penangguhan ini dinamakan
“Ta’khir”
2.
Mengerjakan solat Isya’ dalam waktu solat Maghrib
dinamakan “Taqdim”
3.
Solat 4 rakaat sahaja dipendekkan menjadi 2 rakaat
dinamakan solat qasar. (Solat Subuh dan Maghrib
tidak boleh di Qasarkan)
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
KAIFIAT SOLAT MUSAFIR
Jama’ Ta’khir:
Mengerjakan solat Maghrib dalam waktu Isya’ . Hendaklah
dikerjakan solat Isya’ dengan cara qasar (2rakaat) terlebih
dahulu. Kemudian selepas selesai solat Isya’, disusuli solat
Maghrib (3rakaat)
Jama’ Taqdim:
Mengerjakan solat isya’ dalam waktu Maghrib. Mengerjakan
solat maghrib (3rakaat) terlebih dahulu, kemudian disusuli
dengan Solat Isya’ (2rakaat)
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Niat Jama’ Taqdim:
Maksudnya: “Sahaja aku bersolat fardu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan dengan Isya’ kerana Allah Ta’ala
Setelah Selesai solat Maghrib, disusuli solat Isya’.
Niat Solat Isya’:
Maksudnya: “Sahaja aku bersolat Isya’ dua rakaat kerana
Allah Taala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Niat Jama’ Ta’khir:
Maksudnya: “Sahaja aku bersolat fardu Maghrib tiga rakaat
dihimpunkan kepada Isya’ kerana Allah Ta’ala
Setelah Selesai solat Maghrib, disusuli solat Isya’.
Niat Solat Isya’:
Maksudnya: “Sahaja aku bersolat Isya’ dua rakaat kerana
Allah Taala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
RUKUN UMRAH
 Niat untuk mengerjakan umrah
 Tawaf sebanyak 7 kali keliling Ka’abah
 Sa’ei dari Safa ke Marwah, 7 kali pergi
dan balik
 Bercukur atau menggunting rambut di
kepala
 Tertib,iaitu menurut susunan tertib yang
disebutkan
WAJIB UMRAH
 Bermiqat ihram di miqat.
 Tidak melanggar larangan-larangan waktu ihram
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
SUNAT UMRAH
Mandi sunat ihram
Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di
Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk
membersihkan dan menyucikan badan dari segala
kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk
mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang
bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah
Ta'ala" (diingatkan dalam hati)
Niat mandi ihram
Maksudnya: “sahaja aku mandi sunat ihram kerana
Allah Ta’ala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Solat sunat ihram
Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala
bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak
rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah
selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram
dua rakaat. Lafaz niatnya ialah :
Maksudnya: “sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah
Ta’ala
Bacaan Surah Dalam Solat Sunat:
 Rakaat Pertama - selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah
surah Al-Kaafirun
 Rakaat Kedua - selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah
surah Al-ikhlas
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Lafaz niat Umrah
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk
mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka
hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai
ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat
demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa
perkara yang diharuskan sebelumnya.
Maksudnya: “sahaja aku mengerjakan umrah dan
berihram dengannya kerana Allah Ta’ala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA-CARA MEMAKAI
KAIN IHRAM
Ihram Lelaki
Sempurna
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Ittiba’
Ihram Wanita
PERKARA YANG DILARANG
DALAM WAKTU IHRAM
Sebaik sahaja seseorang itu berniat haji atau umrah
maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti
berikut:
 Menutup kepala atau sebahagian daripadanya,
seperti memakai songkok, serban dan sebagainya .
tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di
bawah batang pokok atau payung (bagi lelaki).
 Memakai pakaian bersarong sarna ada berjahit atau
sebagainya seperti seluar, baju kemeja, sarong kaki
(bagi lelaki).
 Menutup muka (bagi wanita).
 Memakai sarong tangan (bagi lelaki dan wanita).
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian
atau pada makanan, minuman atau menyedutnya
ke dalam hidung (bagi lelaki dan wanita).
 Memakai minyak pada kepala atau janggut (bagi
lelaki dan wanita).
 Menanggalkan rambut atau menghilangkan manamana bulu dianggota badan.(bagi lelaki dan
wanita)
 Mengerat atau membuang kuku (bagi lelaki dan
wanita).
 Memotong, menebang atau mencabut pokok atau
tumbuhan di Tanah Hararn (bagi lelaki dan
wanita).
 Membunuh binatang yang halal dimakan atau
membinasakannya sama ada di Tanah Haram
atau di Tanah Halal (bagi lelaki dan wanita).
 Bersetubuh.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti
bercium,berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan
nafsu syahwat.
 Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau
mewakili orang lain.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Membaca Talbiah
Setelah berniat umrah ketika melalui atau melintasi Miqat
dengan niatnya. Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di
sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk
mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya.
Bacaan talbiah:
Maksudnya: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang
tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut
panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat
serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu
bagi-Mu"
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
MIQAT UMRAH
Madinah
Zatu Irqin
94km
Zulhulaifah
450km
Juhfah
187km
Tan’im Makkah
5km
Hudaibiyah
29km
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Ja’aranah
22km
Yalamlam
54km
Qarnul Manazil
94km
MASJID AL HARAM
Bab Raja Fahad
Babul Umrah
Ka’abah
Bab Raja
Abdul Aziz
Babul Fatah
Safa
Babul Al-Salam
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Marwah
TAWAF
Syarat-syarat Tawaf
 Hendaklah memulakan Tawaf di garisan yang setentang
dengan Hajarul Aswad dan menyudahkan ditempat yang
sama.
 Berniat melakukan Tawaf
 Tawaf sebanyak 7 pusingan keiling Ka’abah
 Mengelilingi Kaabah(Bahu kiri ke arah Ka’abah)
 Berjalan sewaktu tawaf bertujuan untuk bertawaf sahaja
 Tawaf mestilah dalam masjid dan diluar Hijir Ismail serta
tidak menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah
(Syazarwan)
 Orang yang Tawaf hendaklah sentiasa suci dan
berwudhuk
 Menutup aurat seperti mana dalam solat
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Di antara sunat-sunat Tawaf
 Berdoa di tiap-tiap pusingan
 7 kali berturut-turut
 Memakai pakaian berwarna putih
 Berlari-lari anak pada 3 pusingan pertama
 Istilam (melambai tangan Kanan ke Hajar Aswad dan
Rukun Yamani kemudian mengucup tangan itu)
 Beridtiba’ bagi lelaki yang berihram
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA-CARA MENGERJAKAN
TAWAF
 Berdiri bersetentangan dengan Hajar Aswad
 Hadar Hajar Aswad dengan sepenuh tubuh serta Berniat
Tawaf Umrah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku hendak melakukan
tawaf Baitullahil Haram tujuh kali keliling Tawaf
Umrah kerana Allah Ta’ala, maka permudahkanlah
bagiku dan terimalah daripadaku.”
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Istilam Hajar Aswad sambil mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Yang
Maha Besar, semua pujian adalah kepada Allah.”
 Selesai Istilam, berdiri berpaling dengan mengiringkan
Ka’abah (bahu kiri ke arah Ka’abah) dan mula berjalan
sambil berdoa.
 Apabila Sampai di Rukun Yamani, lakukan Istilam
 Tawaf keliling Ka’abah sebanyak 7 pusingan
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
 Setelah Selesai Tawaf dan berdoa di Multazam, dirikan
solat sunat Tawaf.
 Niat Solat sunat:
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat
tawaf dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
 Setelah selesai solat Sunat Tawaf, minumlah Air
Zamzam sebanyak yang mungkin atau sekurangkurangnya tiga tegur sambul membaca doa:
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku
bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang luas dan penawar bagi segala
penyakit.”
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
KA’ABAH
Penjuru Yamani
Penjuru Syami
Mirzab Al-Rahman
Kelambu Ka’abah
Hijir Ismail
Penjuru Iraqi
Penjuru Hajarul Aswad
Hajarul Aswad
Shazarwan
Al-Multazam
Pintu Ka’abah
Makam Nabi Ibrahim
Tempat Bermula Tawaf
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA TAWAF
1
2
5
4
7
3
6
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
SA’EI
Syarat-syarat Sa’ei
 Hendaklah dilakukan selepas Tawaf
 Dimulakan dari Safa dan selesai di Marwah
 Hendaklah disempurnakan 7 kali berulang alik dari
Safa ke Marwah. (Contohnya berjalan dari Safa ke
Marwah adalah 1 Kali, kemudian berjalan balik dari
Marwah ke Safa merupakan yang ke-2 dan seterusnya
sehingga berakhir di Marwah)
 Sa’ei kerana beribadat dan tiada tujuan lain
 Sa’ei hendaklah dilakukan di Batnul Wadi (tempat
yang termaklum)
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Di antara sunat-sunat Sa’ei
 Menuju dan masuk ketempat Sa’ei melalui pintu Safa
 Menaiki bukit Safa dan Marwah hingga sampai batu-batu
bukit
 Mengadap dan melambaikan dua tangan ke arah kiblat
sambil bertakbir




Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Yang
Maha Besar, semua pujian adalah kepada Allah.”
Berlari-lari anak bagi lelaki tidak bagi wanita, apabila
sampai di tempat yang bertanda lampu hijau sambil
berdoa sehingga tiba di bahagian yang bertanda lampu
hijau yang kedua.
Berwuduk dan Menutup aurat
Berturut-turut 7 kali
Berjalan atau menaiki kereta tolak bagi yang uzur
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA-CARA MENGERJAKAN
SA’EI
 Memulakan Sa’ei dari Bukit Safa
 Membaca niat Sa’ei
Maksudnya: “Ya Allah, sahaja aku Sa’ei di antara
Safa dan Marwah tujuh kali Sa’ei Umrah kerana
Allah Ta’ala.”
 Merlambai ke Ka’abah dengan kedua belah
tangan sambil mengucap
Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Yang
Maha Besar, semua pujian adalah kepada Allah.”
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA SA’EI
Lampu Hijau
Marwah 7531
6
2
4
Safa
Lampu Hijau
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
TAHALLUL
Setelah selesai Sa’ei dan berdoa, bertahallul dengan
menggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut
(bagi lelaki sunat cukur habis dan bagi wanita
menggunting rambut dengan kadar panjang jari tangan)
Selamat Menjalankan Ibadah Umrah
Kami mendoakan semoga semua
jemaah mendapat ibadah Umrah Mabrur
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
NOBLE TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
56-1, Jalan 2/23A
Taman Danau Kota
Off Jalan Genting Kelang, Setapak
53300 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 603 4143 9503 / 603 4143 9534
Fax: 603 4143 9504
Email: [email protected]
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011