Transcript program kesedaran dan saringan kanser di komuniti 2014
PROGRAM KESEDARAN DAN SARINGAN KANSER DI KOMUNITI 2014
ANJURAN BERSAMA PEJABAT KESIHATAN MUAR DAN PERSATUAN KANSER DAERAH MUAR
1.PENDAHULUAN
Kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut, namun ia masih boleh di cegah dan sebahagiannya mampu disembuhkan.
1:5.5 atau 18 peratus rakyat Malaysia akan menghidap kanser dalam jangka hayat hidup mereka.
12 peratus kematian dilaporkan di Hospital Kerajaan setiap tahun akibat kanser yang merupakan satu daripada lima punca utama kematian di Malaysia.
Kerajaan telah membelanjakan RM 100 juta untuk membeli ubat-ubatan bagi merawat penyakit kanser.
kesedaran komuniti lebih penting bagi mencegah atau mengesan kanser lebih awal.
Kanser sebenarnya boleh dicegah dan dielak melalui perubahan gaya hidup yang sihat.
lima jenis kanser paling penting di kalangan lelaki Malaysia.
JENIS KANSER
1.kanser paru-paru 2.Kanser kolorektal 3.Kanser nasofarink 4.limfoma
5.Kanser prostat
PERATUS KEJADIAN
15.8% 15.7% 9.4% 7.2% 6.2% SUMBER:LAPORAN DAFTAR KANSER KEBANGSAAN 2008
lima jenis kanser paling penting di kalangan Wanita Malaysia.
JENIS KANSER
1. kanser payudara 2. kanser kolorektal 3. Kanser servik 4.Kanser paru-paru 5.Kanser ovari
PERATUS KEJADIAN
32.3% 10.4% 8.5% 5.7% 5.4% SUMBER:LAPORAN DAFTAR KANSER KEBANGSAAN 2008
PENGURANGAN RISIKO KANSER
Risiko mendapat kanser boleh dielakkan dengan berhenti daripada tabiat merokok mengurangkan jumlah pengambilan alcohol mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terlampau makan makanan yang sihat mengekalkan berat badan melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser Individu yang mempunyai keturunan menghidap kanser disarankan datang ke fasiliti kesihatan untuk menjalani saringan awal kanser
2.OBJEKTIF PROGRAM
1) 2) 3) 4) Mewujudkan kesedaran tentang penyakit kanser serta pengetahuan berkenaan tanda dan gejala serta rawatan-rawatan yang boleh diberikan kepada individu serta kepentingan membuat saringan awal kanser.
Mengubah tingkah-laku serta memperkasa komuniti ke arah amalan saringan awal penyakit kanser serta pencegahan kanser melalui amalan gaya hidup sihat.
Mempertingkatkan kemahiran care giver dalam memberi rawatan sokongan kepada pesakit kanser serta memperluaskan konsep support group kanser.
Mewujudkan peluang dan ruang dikalangan Agensi Kerajaan,Swasta dan NGOs didalam memberi perkhidmatan,sumbangan serta melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) secara langsung kepada komuniti khususnya didalam program pencegahan dan saringan awal penyakit kanser.
3.CADANGAN AKTIVITI PROGRAM
a.Aktiviti Promosi Kesihatan – Kesedaran,Saringan Penyakit Kanser (ceramah,forum,pameran,wayang pacak dll) b.Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan – Saringan kesihatan,saringan kanser khusus (PSP,pap smear,saringan kanser lain) c.Nasihat dan kaunseling pemakanan – khusus untuk pencegahan kanser d.Aktiviti fizikal (senamrobik,10 Ribu langkah) e.Lawatan ke rumah pesakit kanser – pemeriksaan kesihatan serta pemberian sumbangan.
f.Mini Karnival Kesihatan – Booth pameran dan aktiviti bersesuaian dari agensi kerajaan,swasta dan NGOs.
4.KUMPULAN SASARAN
a.Penerima
i.Pesakit kanser,bekas pesakit kanser serta ahli keluarga ii.Komuniti setempat
b.Penyampai
i.Anggota kesihatan-menyampaikan perkhidmatan promosi,saringan dan pemeriksaan kesihatan ii.Agensi Kerajaan-menyalurkan maklumat berkenaan perkhidmatan di agensi mereka,membantu pesakit kanser dari segi bukan kesihatan demi meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
iii.Agensi Swasta- diberi ruang & peluang melaksanakan `Corporate Social responsibilities (CSR) kepada pesakit kanser serta masyarakat setempat.
iv.Badan Bukan Kerajaan (NGOs)- diberi peluang menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan kepada dan bersama Pemimpin dan Masyarakat setempat.
5.CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Program Kesedaran dan Saringan Kanser Komuniti dijalankan secara berperingkat Majlis pelancaran Program serta karnival kesihatan akan dijalankan pada bulan Mei 2014 perlaksanaan aktiviti-aktiviti program kesedaran dan saringan kanser mengikut zon di seluruh Daerah Muar dalam tempoh perancangan yang ditetapkan (rujuk jadual 1) Jun-Disember 2014
6.CADANGAN JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
NAMA JAWATAN PENGERUSI T.PENGERUSI
SETIAUSAHA T.SETIAUSAHA
EVENT MANAGER AJK AJK AJK AJK AJK
Dr Maznisham Mohd Suúd
7.CADANGAN ATURCARA DAN JADUAL AKTIVITI PROGRAM
Jadual Perancangan Program Kesedaran dan Saringan Kanser di Komuniti 2014 Rujuk
Cadangan Aktiviti-Aktiviti Mingguan Program Kesedaran Kanser di Komuniti mengikut zon Rujuk
8.PENUTUP
Program yang dirancang dengan baik mampu diterjemahkan kepada hasil yang bagus dan memberi impak yang berkesan kepada kumpulan sasaran.
Diharap program anjuran bersama NGOs dengan kerja sama Pejabat Kesihatan Muar dapat diteruskan dari masa ke semasa agar objektif atau sasaran yang diinginkan dapat dicapai.
Peningkatan pengetahuan serta kesedaran komuniti terhadap penyakit kanser mampu mengubah sikap sesetengah individu supaya saringan awal dijalankan dikalangan komuniti dan mempertingkatkan pengesanan awal kanser seterusnya rawatan awal yang lebih berkesan dapat diberikan bagi mengurangkan kos rawatan jika dikesan lewat