satu tinjauan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan

Download Report

Transcript satu tinjauan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan

PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR YANG BERKESAN DALAM
PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL SEKOLAH RENDAH
Oleh :
Mohamad Fhaizul bin Mohamad
Bukhori
Pengenalan
• Sekolah memainkan peranan penting dalam
mendidik, memupuk dan mendedahkan segala ilmu
secara formal.
• Pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran
dilaksanakan oleh guru bagi memastikan ilmu dapat
disampaikan dengan berkesan kepada murid-murid.
• Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam
proses pengajaran dapat membantu guru
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan
kepada murid-murid.
• Bahan bantu mengajar juga boleh dikategorikan
sebagai medium komunikasi antara guru dan muridmurid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
“Mat Nor Hussein & Abd. Rahman Rashid (1989),
turut menyatakan bahawa penggunaan alat bantu
mengajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mempunyai prinsip-prinsipnya yang
tersendiri bagi meningkatkan daya komunikatif
sesuatu alat bantu mengajar tersebut”.
• (ABM) adalah merupakan tunggak dalam
memastikan sesuatu pengajaran dan penyampaian
isi pembelajaran itu berkesan serta dapat difahami
oleh murid-murid.
Masalah Kajian
• Alat Bantu Mengajar mempunyai pelbagai versi dan
variasi.
• Bagaimana mengenalpasti ABM yang berkesan
digunakan dalam P&P Pendidikan Seni Visual.
• Maka adalah sesuai sekiranya kajian ini dijalankan bagi
mendapatkan maklumat sekaligus mengenal pasti:
• ciri-ciri ABM yang berkesan dalam pengajaran
pendidikan seni visual.
• Jenis ABM yang berkesan.
• faktor-faktor yang membantu penggunaan ABM
supaya lebih berkesan.
• ABM yang dapat menarik perhatian murid di dalam
kelas.
Persoalan Kajian
1) Apakah ciri-ciri alat bantu mengajar yang berkesan
dalam pengajaran pendidikan seni visual ?
2) Apakah jenis alat bantu mengajar yang berkesan
untuk digunakan dalam pengajaran pendidikan seni
visual ?
3) Apakah faktor-faktor yang membantu penggunaan
alat bantu mengajar supaya lebih berkesan ?
4) Apakah alat bantu mengajar yang dapat menarik
perhatian murid?
Objektif Kajian
1) Mengenal pasti ciri-ciri alat bantu mengajar yang
berkesan dalam pengajaran pendidikan seni visual.
2) Mengenal pasti jenis alat bantu mengajar yang
berkesan untuk digunakan dalam pengajaran
pendidikan seni visual.
3) Mengenal pasti faktor-faktor yang membantu
penggunaan alat bantu mengajar supaya lebih
berkesan.
4) Mengenal pasti alat bantu mengajar yang dapat
menarik perhatian murid.
Batasan Kajian
• Kajian ini hanya melibatkan guru-guru mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah
Kebangsaan Seremban Jaya, Seremban, Negeri
Sembilan Darul Khusus.
• Kajian ini juga hanya tertumpu kepada
penggunaan alat bantu mengajar dalam subjek
pendidikan seni visual sahaja.
Tinjauan Literatur
• Guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin
dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan
kaedah penyampai, pengajaran dan penggunaan alat bantu
mengajar yang mencukupi (Noor Din, 1999).
• W.F Connell (1981), sumber pengajaran boleh dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu:
 Alat bantuan mengajar am(misalnya papan hitam dan
buku bercetak).
 Alat pandang dengar (misalnya objek, model, patung,
gambar, lukisan, gambar foto, peta, carta gambarajah,
graf, poster, kartun dan bahan salinan dan alat dengar
pula – misalnya radio dan perakam suara).
 Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram dan mesin
mengajar yang berkaitan.
Metadologi Kajian
• Rekabentuk Kajian :
Menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan
menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data.
• Respondan Kajian:
Terdiri daripada 15 orang guru Pendidikan Seni Visual di
salah sebuah sekolah rendah di daerah Seremban iaitu
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya.
• Instrumen Kajian:
Berbentuk soal selidik yang mengandungi soalan-soalan
terbuka yang menjurus kepada persoalan kajian.
• Analisis Data
Data-data yang dikumpul dianalisis secara
deskriptif menggunakan frekuensi dan peratus
untuk menerangkan latar belakang sampel
kajian seperti jantina, bangsa, dan tahap umur .
Frekuensi dan peratus juga digunakan untuk
menganalisis respon mereka terhadap aspek
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual di sekolah tersebut.
Dapatan Kajian
Apakah ciri-ciri alat bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran
pendidikan seni visual?
Ciri-ciri ABM
Kekerapan
Peratus (%)
Bentuk, warna dan saiz
yang sesuai.
6
40.0
Tulisan dan gambar yang
menarik.
4
26.7
Fleksibel dari segi
fungsinya.
2
13.3
Sesuai dengan tajuk
1
6.7
Memudahkan guru
menyampaikan isi pelajaran
dan menyeronokkan
1
6.7
Sesuai dengan tahap umur
murid
1
6.7
Apakah jenis-jenis alat bantu mengajar yang berkesan
untuk digunakan dalam pengajaran pendidikan seni visual?
Jenis-jenis ABM
Kekerapan
Peratus (%)
Media Cetakan
7
46.7
Bahan Maujud
5
33.3
Media Elektronik
3
20.0
Apakah faktor-faktor yang membantu penggunaan alat
bantu mengajar supaya lebih berkesan?
Faktor-faktor
Kekerapan
Peratus (%)
Mahir dalam penggunaan
7
46.7
Kekerapan penggunaan
5
33.3
Menghasilkan ABM yang
berkualiti
2
13.3
Menghasilkan ABM yang
dapat menarik perhatian
murid
1
6.7
Apakah alat bantu mengajar yang dapat menarik
perhatian murid?
ABM menarik
Kekerapan
Peratus (%)
Rupa fizikal
12
80
Kemahiran guru
3
20
Rumusan
• Ciri-ciri ABM yang bekesan adalah tertakluk kepada betapa
menariknya dari segi rupa fizikalnya dan kandungan isinya.
• Selain itu kemahiran seseorang guru itu merupakan faktor
penting dalam membantu keberkesanan penggunaan ABM.
• Sebagai rumusannya adalah perlu bagi semua guru
Pendidikan Seni Visual khususnya, mengambil langkah yang
terbaik dalam menjamin dan mempelopori pembinaan Alat
Bantu Mengajar yang terbaik dan menarik sebagai panduan
dan contoh serta perangsang kepada semua guru-guru di
Malaysia supaya pengajaran di dalam kelas
itu lebih
bermakna.