Sejarah Presentation(adleena)

Download Report

Transcript Sejarah Presentation(adleena)

Kumpulan 5
Nur Adleena Azyan Binti Mohd Adnan
Siti Zaleha Binti Abdul Rahman
Ee Sin Hwa
Geethashiny a/p Mohan
Purnima Devi a/p Narkandran
Rentap Wira Sarawak:
“Agi Idup Agi Ngelaban”
Mengenali Rentap
Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang
begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas. Sebut nama Rentap,
penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannya terhadap kuasa
penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke
Borneo pada abad ke-19. Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) yang
terkenal dalam sejarah Sarawak. Rentap adalah anak sulung kepada Ningkan dan
isterinya Imbong. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan
Sungai Saribas. Beliau dilahirkan pada tahun 1800. Gelaran Rentap yang bermaksud
Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada
Libau selepas beliau memenggal kepala musuh menggunakan perang pertamanya.
Beliau juga digelar ‘Raja Darat’ dan ‘Raja Ulu’ atas perjuangannya yang mendapat
sokongan padu daripada penduduk Iban. Masyarakat Iban menggunakan
slogan “Agi Idup Agi Ngelaban” yang bermaksud selagi hidup selagi berjuang dalam
perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negeri dan Rentap adalah
satu-satunya pahlawan Iban yang tidak pernah secara rasmi mengiktiraf kekuasaan
kerajaan Brooke di Sarawak.
Faktor Penentangan
Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke
kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua
tempatan sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua
tempatan. Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luar
dari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan cara
hidup masyarakat tempatan waktu itu.
James Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang
mengamalkan 'kegiatan memotong kepala' dengan beberapa pembaharuan.
Kebangkitan Rentap juga tercetus apabila James Brooke mendirikan kubu di Nanga
Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban dan ingin menghapuskan
penempatan orang Iban di Sungai Skrang. James Brooke cuba mengambil alih
pemerintahan negeri dengan menggunakan helah menggelar mereka lanun dan
penjajah.
Peristiwa Penentangan
• Tahun 1953
• Tahun 1854
• Tahun 1857
• Tahun 1863
Pada tahun 1953,
Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di
Sungai Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap bersama pasukannya
menyerang kubu-kubu British di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap
oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua
pihak. Akibat pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah
membunuh Allan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa
pasukannya pulang ke Ulu Sungai Skrang. Dalam pertempuran itu, pihak British
berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh
pengikutnya.
Pada tahun 1854,
Pengikut Brooke telah menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar 20
buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu, Rentap terpaksa
berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di Ulu Sungai
Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia
menyebabkan sebilangan pengikut Rentap berundur dan membina kubu di sebuah
bukit bernama Bukit Sadok. Namun begitu, perjuangan Rentap tetap mendapat
sokongan padu penduduk Iban dan beliau digelar ‘Raja Ulu’.
Pada tahun 1857,
James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu
Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan
500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Walau
bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan
yang kukuh. Kubu tersebut dipagari dengan kayu jenis belian yang dapat menahan
tembakan senapang.
Tahun berikutnya,
Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit
Sadok tetapi masih gagal. Dengan penuh bersemangat, Rentap berkata
‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada
kamu, orang Eropah’.
Pada tahun 1863,
James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit
Sadok. Pertempuran yang sengit berlaku selama sebulan. Rentap menggunakan
sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan Brooke. Namun,
pasukan Rentap ditewaskan oleh pasukan Brooke. James Brooke berjaya menguasai
Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam. Antaranya ialah, ‘Bujang
Sadok’. Kemudian, James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
dengan beberapa buah meriam pada 20 Oktober 1861. Rentap kemudiannya
berundur ke Ulu Entabai. Seterusnya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit
Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Sebelum sempat meneruskan
perjuangan, beberapa tahun kemudian Rentap meninggal dunia di situ.
Kubu Rentap di Tabbat
Batang Lupar dan Saribas Kawasan petempatan orang Iban
Kedudukan Kubu Brooke di Nanga Skrang dan kubu
Rentap di Bukit Sadok
Kesan Penentangan
Kebangkitan Rentap dan pengikutnya telah membuktikan bahawa mereka
bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap diabadikan di Batu
Peringatan Rentap. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik
pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
Lumbong Rentap yang diperbuat daripada kayu belian yang hampir reput telah
dibuat semula dengan bertutupkan cermin supaya orang ramai boleh melihat
tulang rangka Rentap. Menurut laporan Brooke, mereka yang terkorban dalam
pertempuran ini kurang daridapa 300 orang sahaja.
Bangunan Kubu Rentap yang dibina di atas tapak kubu
Rentap di Betong.
A.M. Cooper, 1968: 1 dan Chang Pat Foh, 1997 107:
“Rentap yang dahulunya telah dianggap oleh regim Brooke sebagai
pengganas, pemberontak, perampas, pengacau dan lanun serta pernah
dikhianati oleh sekutu dan rakan seperjuangan, dikhianati oleh bangsanya
sendiri serta rakyat Bumi Kenyalang ini, kini dianggap sebagai pejuang
kebebasan dan nasionalis yang berjuang untuk menghalang kuasa asing
daripada meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke bumi Sarawak. Rentap dan
rakan-rakannya berjuang untuk mempertahankan kebudayaan dan gaya
hidup yang telah diamalkan sejak turun-temurun.”
Kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rentap lebìh 100 tahun yang
lalu
Selagi hayatku ada, selama itulah aku tidak mahu melihat wajah orang putih,
seolah- olah masih segar dalam ingatan, terutamanya bagi mereka yang benarbenar menghayati perjuangan Rentap. Kebencian Rentap tersebut jelas
menampakkan keteguhan pendiriannya yang tidak mahu melihat bumi Sarawak
diperintah oleh bangsa asing. Rentap telah meletakkan keberaniannya pada ruang
yang betul, iaitu untuk membela bangsa dan tanah airnya, bukannya untuk
mengejar nama, jawatan dan pangkat yang dijanjikan pleh penjajah.
Senarai Rujukan
•
http://panitiasejarahsmtsm.blogspot.com/2008/10/rentap-1800-1870-pahlawansarawak.html
•
http://mbgrepublic.forumotion.com/berita-coretan-sejarah-tempatan-f19/rentappahlawan-sarawak-1800-1870-t61.htm
•
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap
•
http://tusunterabai.wordpress.com/rentap-bahagian-pertama/rentap-pejuangkebebasan-bahagian-akhir/
•
http://ai-pengayu.blogspot.com/2009/06/rentap.html
•
http://boroislim.blogspot.com/2008/05/rentap.html
•
http://www.travelblog.org/Asia/Malaysia/Sarawak/blog-301410.html