BML 3043 POWERPOINT

Download Report

Transcript BML 3043 POWERPOINT

BML 3043

Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia

Artikulator dan Daerah Artikulasi

• Artikulator – alat pertuturan yang

bergerak

seperti lidah (belakang, tengah, daun serta hujung) dan bibir bawah disepanjang

bahagian bawah

rongga mulut. • Daun lidah ialah bahagian permukaan paling depan

Artikulator dan Daerah Artikulasi

• Daerah artikulasi – bahagian

atas

rongga mulut yg. merupakan alat yg. tidak bergerak yg. pada umumnya berfungsi menanti sahaja untuk didekati atau disentuhi oleh mana-mana satu artikulator dalam proses penghasilan bunyi tertentu. • Daerah artikulasi ialah bahagian yang dikenali sebagai lelangit lembut (velum), lelangit keras (palate), gusi (alveolar), gigi atas dan bibir atas.

Artikulator dan Daerah Artikulasi

• Titik sesuatu

artikulator

di

daerah artikulasi

tertentu bertemu tertentu dipanggil

titik artikulasi

• Bunyi-bunyi yg. terhasil pada titik artikulasi dikenali sebagai plosif, afrikat, frikatif, tril, lateral dan lain-lain.

Definisi Diftong

• Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong dalam bahasa Melayu.

• a. (ai): landai sampai, salai, gulai, sungai, cuai, • b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau • c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot. (http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002)

Definisi Diftong

Diftong

(diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya, [ai] dalam [pandai],

pandai

dan [au] dalam [pulau]

pulau

.

Kamus Linguistik (1997:62)

Definisi Diftong

• /ai, au, oi/ …realized as diphthongs, that is, a change from one vowel quality to another, and the limit of the change are roughly indicated by the two vowel symbols. This should not be taken to mean that they are sequences of phonemes; each function in exactly the same way as the other vowel which are not diphthongal and is to be considered a unit phoneme. (J.D.O’Connor, 1991: 154)

Definisi Rangap Vokal

Rangkap vokal

ialah rentetan dua vokal yang mengandungi nada, tekanan dan kepanjangan yang sama bagi tiap-tiap vokal yang mendirikabn rangkap ini. Contoh rangkap vokal dalam bahasa Melayu adalah au pada perkataan bau (ba + u), ai pada perkataan dan (pa + is) dan naik (na + ik), dan au pada perkataan buah (bu + ah) dan lain-lain. (Arbak Othman, 1983:60)

Perbezaan Diftong dan Rangkap Vokal

• Dalam diftong berlaku

geluncuran

semasa proses sebutan dua vokal • Manakala rangkap vokal dicirikan oleh

hiatus

, iaitu hentian sebentar pada suara yang memisahkan kedua-dua vokal

Diftong