KONSEP KEPERCAYAAN DAN AMALAN BERAGAMA
Download
Report
Transcript KONSEP KEPERCAYAAN DAN AMALAN BERAGAMA
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN DAN
AMALAN BERAGAMA
Disediakan Oleh
Nor Azrina @ Nor Azura bt. Ab. Rahman
Wan Rohani Sulaiman
Nasharuddin Mohamad
razizi.uitm.edu.my
TAJUK PERBINCANGAN
Pendahuluan
Konsep Kepercayaan
Konsep Ibadah
Dosa dan Pahala
Konsep Halal dan Haram
Kehidupan Selepas Mati
Kesimpulan
razizi.uitm.edu.my
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran topik ini pelajar
dapat :
Menjelaskan
konsep kepercayaan
dan amalan beragama
razizi.uitm.edu.my
PENDAHULUAN
Manusia dilahirkan dengan naluri keperluan
untuk beragama.
Naluri ini mendorong setiap manusia mencari
sesuatu yang menjadi sembahan dan
kepercayaan yang akan memberikan
kekuatan pada dirinya bagi mengharungi
kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian
dan pancaroba.
Manusia juga memerlukan agama untuk
mengawal tingkahlaku dan mengatur
kehidupan di dunia ini.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN
Kepercayaan pada umumnya bermaksud
akuan akan kebenaran sesuatu perkara.
Ia merupakan suatu keyakinan terhadap
tuhan, roh, perkara ghaib atau suci yang
menghasilkan suatu bentuk penyembahan.
Konsep kepercayaan juga boleh difahami
sebagai konsep kepercayaan kepada tuhan.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Persoalan kepercayaan dalam suatu agama
boleh dirujuk pada kitab anutan setiap agama.
Sebagai contoh, agama Islam berpegang
kepada kitab al-Quran, Kristian berpegang
kepada Injil (Bible) dan Yahudi berpegang
kepada Alkitab.
kepercayaan yang disandarkan kepada sumber
samawi adalah lebih benar dan tepat
dibandingkan dengan sumber adat dan budaya
manusia.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT YAHUDI
Semenjak 2500 tahun
dahulu wujud dua aliran
kepercayaan dalam agama
Yahudi.
Aliran pertama - mempercayai
tuhan bersifat Maha Esa dan
Maha Pengasih.
Aliran kedua - mempercayai bahawa tuhan hanya khusus
bagi penganut Yahudi sahaja . Aliran ini juga berpendapat
bahawa tuhan bersifat pembenci dan membalas dendam
kepada semua suku dan bangsa selain Yahudi - "Bangsa
Pilihan". (Noordin, 2008 : 178)
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Alkitab merupakan kitab suci dalam agama Yahudi.
Ia merupakan old Testament (Perjanjian Lama)
yang terdapat di dalam agama Kristian.
Talmud pula adalah kitab syarahan atau tafsiran
kepada Al-kitab. (Rahmat, 1976 : 326)
Penganut Yahudi lebih mempercayai keesaan
Tuhan. Di dalam agama Yahudi tiada doktrin
tentang konsep Triniti ketuhanan sebagaimana
Kristian.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Sejak abad ke-19 orang-orang Yahudi menyebut
nama Tuhan mereka sebagai Yahweh. Kemudian
disebut Jehovah (Yehova) dan akhir sekali dengan
sebutan Yahuwa (Sou'yb, 1996 : 276)
Nama-nama lain bagi Tuhan selain Yahweh dan
Yehova ialah Elohim, Adonai dan Sechinah (Rahmat,
1976 : 326)
Orang-orang Yahudi juga mempercayai
kedatangan Messiah yang merupakan seorang
tokoh penyelamat dan pembimbing manusia ketika
menghadapi penderitaan dan huru hara pada akhir
zaman (Rahmat, 1976 : 327 )
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
13 asas kepercayaan agama Yahudi yang dikenali
sebagai Rukun Iman Yahudi. Antaranya adalah
sebagaimana berikut (Rahmat, 1976 : 330) :
1.
2.
3.
4.
5.
Percaya kepada Tuhan Maha Pencipta
Percaya kepada Keesaan Tuhan
Percaya bahawa Tuhan tidak bertubuh
Percaya bahawa Tuhan itu abadi
Percaya bahawa Tuhan adalah tumpuan
pengabdian
6. Percaya kepada kata-kata yang diucapkan
oleh Nabi-nabi
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
7. Percaya bahawa Musa adalah Nabi yang
terbesar
8. Percaya kepada hukum yang diwahyukan
kepada Musa
9. Percaya bahawa hukum tersebut tidak
berubah
10.Percaya bahawa Tuhan Maha Mengetahui
11.Percaya kepada ganjaran dosa dan pahala
dari Tuhan
12.Percaya kepada kedatangan Messiah
13.Percaya kepada kebangkitan semula
selepas mati.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT KRISTIAN
Secara asasnya terdapat
tiga aliran mazhab utama
dalam agama Kristian iaitu
Roman Katolik, Protestan
dan Evangelikal.
Namun kini terdapat aliran-aliran baru yang muncul
seperti Basel, SDA (Seven Day Adventist), SIB,
Anglikan, Gereja Yesus Benar, Jehovah Witnesses,
PCS, Mormon dan sebagainya. (Nicholas Sylvester, 2009
:110)
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Holy Bible adalah kitab suci dalam agama Kristian.
Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Old
Testament (perjanjian lama) dan New Testament
(perjanjian Baru)
Penganut Kristian mengakui kitab suci agama
Yahudi iaitu Old Testament adalah sebahagian dari
kitab sucinya. (Sou'yb, 1996 : 318)
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Terdapat 5 doktrin utama dalam agama Kristian
sebagaimana berikut :
1. Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
2. Doktrin anak tuhan (The Sonship of God)
3. Doktrin ketuhanan Jesus (The Divinity of
Jesus)
4. Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)
5. Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion
Jesus)
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT ISLAM
Konsep kepercayaan di
dalam Islam disebut
akidah.
Akidah adalah kata dasar
dalam bahasa Arab iaitu
‘aqada’.
Ia bermaksud simpulan atau perkara yang merujuk
kepada sesuatu yang teguh dan mantap atau iman
yang kuat dan mendalam terhadap Allah dan
segala yang terkandung dalam Rukun Iman
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Agama Islam mempercayai keesaan Allah yang
bermaksud tiada Tuhan selain Allah.
Agama Islam berpandukan kepada Al-Quran sebagai
sumber utama. Manakala sumber kedua agama Islam
adalah Sunnah Rasulullah (Hadith-hadith Nabi)
Mengesakan Allah juga disebut Tauhid.
Islam meletakkan seluruh pengabdian dan
penyembahan hanyalah kepada
Allah dan meyakini Nabi
Muhammad sebagai pesuruh
Allah.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Rukun Iman dalam agama Islam adalah
sebagaimana berikut :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Rasul dan Nabi
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Lima perkara Rukun Islam adalah
sebagaimana berikut :
1.
2.
3.
4.
5.
Mengucap dua kalimah syahadah
Menunaikan solat 5 waktu sehari
semalam
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan zakat
Menunaikan Haji bagi yang
berkemampuan
razizi.uitm.edu.my
KONSEP IBADAH
Amalan dalam agama adalah suatu bentuk aktiviti
atau perlakuan manusia dengan tujuan untuk
menyembah tuhan.
Ibadah dalam Islam ialah amalan yang berkait
dengan pematuhan, ketaatan dan ketundukan
kepada Allah.
Secara umum ibadah terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Ibadah zahir
2. Ibadah batin
razizi.uitm.edu.my
KITAB SUCI AGAMA ISLAM
Al-Quran:
kitab suci yang terakhir
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara
beransur-ansur selama 23 tahun melalui perantara
malaikat Jibril
pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang
sebelumnya.
Ianya terjamin asli sehingga hari kiamat.
( al-Hijr : 9)
Nama
Isa disebut lebih banyak berbanding
Muhammad
Terdapat surah khusus iaitu Maryam
razizi.uitm.edu.my
16. Dan Ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Quran, yaitu ketika ia
menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur,
17. Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu
kami mengutus roh Kami[901] kepadanya, Maka ia menjelma di
hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna.
18. Maryam berkata: "Sesungguhnya Aku berlindung dari padamu
kepada Tuhan yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa".
19. Ia (Jibril) berkata: "Sesungguhnya Aku Ini hanyalah seorang utusan
Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci".
20. Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak lakilaki, sedang tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan Aku
bukan (pula) seorang pezina!"
21. Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah
mudah bagiKu; dan agar dapat kami menjadikannya suatu tanda bagi
manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu
perkara yang sudah diputuskan".
razizi.uitm.edu.my
22. Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan
kandungannya itu ke tempat yang jauh.
23. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar)
pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya Aku
mati sebelum ini, dan Aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi
dilupakan".
24. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu
bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu Telah menjadikan anak sungai
di bawahmu.
25. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon
itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,
26. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. jika kamu
melihat seorang manusia, Maka Katakanlah: "Sesungguhnya Aku Telah
bernazar berpuasa untuk Tuhan yang Maha pemurah, Maka Aku tidak
akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".
27. Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan
menggendongnya. kaumnya berkata: "Hai Maryam, Sesungguhnya
kamu Telah melakukan sesuatu yang amat mungkar.
razizi.uitm.edu.my
28. Hai saudara perempuan Harun[902], ayahmu sekali-kali bukanlah
seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina",
29. Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. mereka berkata:
"Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di
dalam ayunan?"
30. Berkata Isa: "Sesungguhnya Aku Ini hamba Allah, dia memberiku Al
Kitab (Injil) dan dia menjadikan Aku seorang nabi,
31. Dan dia menjadikan Aku seorang yang diberkati di mana saja Aku
berada, dan dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan
(menunaikan) zakat selama Aku hidup;
32. Dan berbakti kepada ibuku, dan dia tidak menjadikan Aku seorang
yang sombong lagi celaka.
33. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari Aku
dilahirkan, pada hari Aku meninggal dan pada hari Aku dibangkitkan
hidup kembali".
34. Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar,
yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya.
35. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. apabila
dia Telah menetapkan sesuatu, Maka dia Hanya Berkata kepadanya:
"Jadilah", Maka jadilah ia.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI
Rumah Ibadat bagi penganut Yahudi dikenali
sebagai Synagogue, Shul atau temple.
Penganut Yahudi melakukan sembahyang dalam
tiga waktu setiap hari iaitu :
1. Sacharit (morning prayer)
2. Mincha (afternoon prayer)
3. Arvit (nightfall prayer)
Waktu sembahyang lain yang dilakukan pada harihari tertentu ialah :
1. Musaf - dilakukan pada hari Sabbath dan hari
perayaan Yahudi yang besar
2. Neilah - dilakukan pada hari Yom Kippur
razizi.uitm.edu.my
CONTOH AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI
razizi.uitm.edu.my
CONTOH AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Antara perayaan-perayaan yang disambut dalam
agama Yahudi adalah sebagaimana berikut :
Hari Sabat ( Hari Sabtu )
Tahun Baru Yahudi
Hari Raya Paskah
Hari Raya Roti Tak Beragi
(Hag Hammasot)
Festival Menuai
Pentacost (Shavuot)
Rosh Hashanah
Yom Kippur
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
Festival Pondok Daun
(Sukkot)
Festival Sukacita Taurat
Festival Kenisah
(Hanukah)
Festival Pesta Undi
(Purim)
Hari Duka Nasional
(Tisha B’Av)
Hari Kemerdekaan Israel
razizi.uitm.edu.my
KONSEP AMALAN DALAM AGAMA KRISTIAN
Tempat ibadat penganut agama Kristian dikenali
sebagai gereja, gospel, chapel.
Di Gereja, penganut Kristian melakukan upacara
ritual agama kristian yang dikenali sebagai 7
sakramen iaitu :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Sakramen pembaptisan
Sakramen ekaristi (perjamuan kudus / Eucharist)
Sakramen penguatan (confirmation)
Pernikahan
Sakramen imamat
Sakramen pengakuan dosa (confession)
Sakramen pengurapan orang sakit.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Penganut Kristian juga mengamalkan puasa mengikut
mazhab masing-masing.
AKTIVITI PELAJAR
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Perayaan-perayaan utama Kristian
AKTIVITI PELAJAR
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA
KRISTIAN
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA
KRISTIAN
razizi.uitm.edu.my
razizi.uitm.edu.my
KONSEP IBADAH DALAM AGAMA ISLAM
Umat Islam wajib mengerjakan solat lima waktu
sehari semalam, sebagaimana berikut :
1.
Solat Subuh
2.
Solat Zohor
3.
Solat Asar
4.
Solat Maghrib
5.
Solat Isyak
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Selain 5 waktu solat yang wajib, umat Islam juga
digalakkan mengerjakan solat-solat sunat yang lain
seperti sunat taubat, sunat dhuha, sunat tarawih
dan sebagainya.
Selain solat, setiap muslim diwajibkan berpuasa
sebulan pada bulan Ramadhan.
Umat Islam berpuasa dengan menahan diri dari
makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
Pada bulan Ramadhan, umat Islam banyak
melakukan amalan sedekah dan amalan-amalan baik
yang lain kerana ganjaran pahala pada bulan ini
adalah berganda berbanding pada bulan-bulan biasa.
Selain puasa Ramadhan terdapat juga puasa wajib
yang lain seperti puasa Kifarah, puasa Qadha dan
puasa Nazar
Puasa sunat pula adalah seperti puasa hari Isnin dan
Khamis, puasa sunat Asyura, puasa enam di bulan
Syawal dan sebagainya.
Manakala puasa haram pula ialah puasa pada Hari
Raya Aidilfitri dan Aidil Adha dan puasa hari-hari
tasyriq.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Hari Kebesaran Islam di Malaysia adalah
sebagaimana berikut :
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidil Adha
Isra’ dan Mikraj
Maulidul Rasul
Nuzul Quran
Awal Muharram
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA
ISLAM
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA
ISLAM
razizi.uitm.edu.my
AKTIVITI PELAJAR
AMALAN
ISLAM
YAHUDI
KRISTIAN
SOLAT/
SEMBAHYANG
?
3 kali sehari
?
?
Wajib
dilaksanakan
?
PUASA
?
Mengikut mazhab
Contoh : Puasa
Hari Yom Kippur
?
HAJI / ZIARAH
?
Ziarah di
Jerusalem
?
ZAKAT /
SEDEKAH
razizi.uitm.edu.my
KONSEP DOSA DAN PAHALA
Umumnya dosa ialah suatu balasan buruk yang
terhasil dari tindakan dan perbuatan yang jahat
manakala pahala ialah suatu balasan baik
yang diperolehi hasil daripada kebaikan dan
amalan terpuji dalam satu-satu agama
razizi.uitm.edu.my
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA YAHUDI
Agama Yahudi menganggap perbuatan jahat
dan perbuatan menyalahi perintah Tuhan
adalah berdosa. Seseorang yang berdosa perlu
meminta ampun kepada Tuhan dengan caracara tertentu.
Bagi penganut Yahudi, Yom Kippur merupakan
hari paling suci dalam agama Yahudi. Ia adalah
hari penebusan dosa bagi penganut Yahudi.
Pada hari Yom Kippur, mereka berpuasa dan
bertaubat untuk mendapat keredhaan Tuhan
razizi.uitm.edu.my
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA KRISTIAN
Setiap perbuatan jahat dan menyalahi perintah
Tuhan dianggap berdosa.
Antaranya ialah Dosa Warisan atau disebut
sebagai Original Sin.
Nabi Adam dan Hawa telah menyebabkan
terjadinya dosa warisan ini.
Apabila melakukan kesalahan, seseorang harus
mengakui perbuatan jahatnya itu dan memohon
keampunan kepada Tuhan di hadapan seorang
paderi (priest) dalam upacara confession.
razizi.uitm.edu.my
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA ISLAM
Setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan suci
tanpa dosa.
Dikira berdosa hanya apabila melakukan perbuatan
keji yang akan mengakibatkan balasan neraka.
Ganjaran syurga bagi yang melakukan kebaikan.
Digalakkan senantiasa meminta ampun Allah
dalam pelbagai cara sama ada melalui doa, solat
mahupun zikir kerana Islam mempercayai bahawa
Allah bersifat Maha Pengampun.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP HALAL HARAM
HALAL
Menurut kamus dewan, halal bermaksud hukum
yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan,
diperbolehkan, diizinkan dan dibenarkan.
Halal merupakan suatu prinsip mendatangkan
kebaikan dengan menjauhi sesuatu yang boleh
membawa kemudaratan kepada manusia dari segi
jasmani dan jiwa.
Contoh : Memakan binatang yang disembelih
razizi.uitm.edu.my
KONSEP HALAL HARAM
HARAM
Haram merupakan sesuatu yang ditegah untuk
dilakukan, dipakai, dimakan atau diminum dan
sebagainya.
Sesuatu yang haram boleh mendatangkan
keburukan atau kemudaratan kepada manusia dari
segi jasmani dan jiwa.
Contoh : Memakan binatang yang tidak disembelih
/ bangkai
Meminum minuman memambukkan
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS MATI
Kematian adalah terputusnya hubungan roh
dengan jasad zahir dan batin, perpisahan
antara keduanya, atau penggantian diri dari
satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Mati berbeza dengan tidur kerana tidur adalah
suatu keadaan terputusnya roh sementara
dengan hubungan lahiriah. (Ahmad Mohd. Salleh, 2008,
p. 296)
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS MATI DALAM AGAMA YAHUDI
Penganut Yahudi mempercayai wujudnya
kehidupan selepas kematian.
Mereka percaya terdapatnya syurga dan neraka.
Individu yang banyak melakukan kebaikan dan
amalan keagamaan Yahudi akan dikurniakan
Syurga manakala mereka yang melakukan
kejahatan akan dibalas dengan neraka.
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS MATI DALAM AGAMA KRISTIAN
Mempercayai adanya kehidupan selepas kematian.
Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan
dibalas dengan siksaan di akhirat.
Manakala perbuatan baik akan diberi ganjaran baik
selepas di akhirat.
Selepas kematian mereka akan dibangkitkan
semula dan ditempatkan di 3 tempat iaitu syurga
(Heaven), neraka (Hell) dan Purgatory.
Purgatory adalah tempat orang-orang yang tidak
layak ke syurga ataupun ke neraka
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN DALAM ISLAM
Syurga dan neraka adalah tempat terakhir
perjalanan seseorang .
Manusia akan menerima balasan setimpal di sisi
Allah di akhirat atas segala amalan yang dikerjakan
di dunia.
Alam selepas kematian :
Alam Barzakh Kiamat Kebangkitan (alBa’ath) Dihimpunkan (al-Hasyr) Amalan
dihitung (al-Hisab) Titian Sirat Syurga atau
Neraka
razizi.uitm.edu.my
KESIMPULAN
Kehidupan di dunia akan menjadi lebih tenang
dan sempurna dengan panduan agama.
Agama memimpin manusia menjadi umat yang
bertamadun dan berbudi bahasa tinggi. Banyak
contoh-contoh ketamadunan yang berasaskan
agama telah ditonjolkan dalam lipatan sejarah.
Pemilihan agama adalah bergantung kepada
pandangan dan persepsi individu.
Namun apa yang penting, agama yang dianuti
perlu diyakini dan diamalkan suruhannya serta
meninggalkan tegahannya.
razizi.uitm.edu.my
BIBLIOGRAFI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Ahmad Mohd. Salleh, M. F. (2008), Islam Agama Rabbani, Selangor:
Oxford Fajar.
al-Maghlouth, Sami bin Abdullah (2011), Atlas Agama-Agama, Jakarta: AlMahira.
al-Samad, Ulfat Aziz (1989), Islam And Cristianity, Kuwait: Al-Ittihad AlIslamiyAl-Alamiy
Eliezer Siegel (2009), Introducing Judaism, New York : Routledge
Huston Smith (1991),The World’s Religions: Our Great Wisdom Traditions,
New York : Harper San Francisco
Ian S. Markham, Tinu Ruparell (2001), Encountering Religion : An
Introduction To The Religions Of The World, USA : Blackwell Publishers
Jan N. Bremmer (2002), The Rise and Fall Of The Afterlife, New York :
Routledge
John Bowker (2002), The Cambridge Illustrated History Of Religions, UK :
Cambridge University Press
razizi.uitm.edu.my
BIBLIOGRAFI
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
John Davies (1999), Death, Burial and Rebirth In The Religions Of
Antiquity, New York : Routledge
Kamar Oniah Kamaruzzaman (2010), Explaining Buddhism and Islam ,
Seminar paper in Religion And Pluralistic Co-Existence : The Muhibbah
Perspective, Kuala Lumpur : IIUM Press
Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (1999), Perayaan-perayaan Agama
Kristian, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti
Malaya.
Mary Pat Fisher (2005), Living Religions, New Jersey : Pearson Prentice
Hall
Mohd. Fauzi Awang (1971), Ugama-Ugama Dunia, Kelantan: Pustaka
Aman Press, Cet. 2
Nicholas Sylvester, A. D. (2009), Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif
Islam, Selangor: One Touch Creative Sdn. Bhd.
Noordin, S. (2008), Sejarah Pemikiran 1 : Sumber Ilmu, Perbandingan
Ideologi dan Orde Baru Dunia, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
razizi.uitm.edu.my
BIBLIOGRAFI
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
Rahmat, D. O. (1976), Dari Adam Sampai Muhammad: Sebuah Kajian
Mengenai Agama-agama, Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Ramli Awang, Dr (2003), Sejarah Tuhan : Ateisme, Majusi, Kristian,
Yahudi, Buddha, Hindu, Islam, Pahang:PTS Publications, cet. 1
Robert S. Ellwood, B. A. (2002), Many Peoples, Many Faiths, New Jersey:
Pearson Prentice Hall.
Robert Goldenberg (2007), The Origins Of Judaism: From Canaan To The
Rise Of Islam, UK : Cambridge University Press
Sou'yb, J. (1996), Agama-agama Besar Di Dunia, Jakarta: Al-Husna Zikra.
T. Patrick Burke (1996), The Major Religions : An Introduction With Texts,
USA : Blackwell Publishers
Turner, B. S. (2010), The Sociology Of Religion, UK: Wiley-Blackwell
Publishing Ltd.
razizi.uitm.edu.my