Kesan - Amaljaya.com

Download Report

Transcript Kesan - Amaljaya.com

KETAKSAMAAN
PELUANG PENDIDIKAN
Ketidaksamaan Dalam Pendidikan
• Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak
faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan,
kuasa politik.
• Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak
semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu
sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum
dan penempatan.
• Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang
untuk mengembangkan potensinya.
• Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok
terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku
pihak yang berpandangan negatif.
• Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu
atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
• Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).
• Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan
istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.
• Diteruskan lagi pada zaman penjajah.
• Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan
orang kampung terus ketinggalan.
Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :
• Meliputi kemudahan mendapat guru
• Bahan-bahan rujukan
• Peluang kerjaya selepas tamat belajar
Max Weber : Ada 5 Kelas Sosial
1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat
2. Kumpulan pertengahan atasan – orang yang berpendidikan tinggi,
profesional dan memegang jawatan yang baik
3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil
diploma.
4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM)
5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan
tidak pernah melalui pendidikan formal.
• Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang
signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan
ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.
• Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa
semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka.
• Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.
• Tahap kesihatan
• Suasana tempat tinggal
• Jumlah keluarga kecil/besar
• Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan
ketidaksamaan dalam peluang pendidikan
• Terdapat sekolah kurang murid (SKM)
• Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan
latihan mencukupi di beri kepada sekolah-sekolah.
• Usaha KPM bantu:
1. RMT
2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
3. bantuan Makanan Asrama
4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
5. Jaket Keselamatan
6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya
7. SPBT
8. Skim Baucer Tuisyen (SBT)
9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan
University
10.Asrama Harian
Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang
• Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor seperti lokasi sekolah, latarbelakang
sosio-ekonomi pelajar, pencapaian akademik, kecenderungan
semulajadi, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.
Kelas Sosial
Jantina
Ketaksamaan Peluang
Pendidikan
Kumpulan Minoriti
Murid Berkeperluan
Khas
Isu-Isu Ketaksamaan
Peluang Pendidikan
Kelas Sosial:
• Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.
• Kelas sosial boleh dikatakan segolongan ind. yang mempunyai
kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,
martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
• Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi
2 golongan:
1. Bourgeoisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran,
pengagihan dan pertukaran
2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya
hanya tenaga kerja sahaja.
Jantina:
• Murid peempuan dan lelaki masing-masing pilih mata pelajaran yang
bersifat keperempuanan dan kelakian.
• Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan
perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan.
• Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita,
perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas.
• Peluang pekerjaan mengikut gender.
• Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki.
• Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan????
• Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???
Kumpulan Minoriti:
• Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan
etnik yang lain.
• Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb
• Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau
warisan daripada ibu bapa. Kini????
• Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti.
• Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah,
pembuli, suka merokok, lepak, gengsterisme dll.
• Mereka adalah murid yang tercicir.
• Pihak sekolah perlu beri perhatian
• Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet,
cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dll.
• Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil
• Mereka juga perlu diberi perhatian.
Murid Berkeperluan Khas:
Dua kategori MBK:
1. kategori masalah
2. kategori masalah khusus
• Kecerdasan yang amat rendah.
• Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam
masyarakat.
• Kanak-kanak pintar cerdas
• Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan
sebaya.
• Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan
sedia ada.
• Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.
• 7 kategori kanak-kanak istimewa memrlukan Program
Pendidikan Khas
• i. Kerencatan mental
• ii. Bermaslah pembelajaran
• iii. Kecelaruan tingkah laku
• iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
• v. cacat penglihatan
• vi. Cacat fizikal
• vii. Piontar cerdas dan berbakat istimewa.
•
•
•
•
•
•
•
Isu-isu ketaksamaan peluang
Orang Asli
-kadar keciciran tinggi
-masih terpinggir
-golongan bijak pandai masih kurang
-latar belakang akademik rendah
Tahap pendidikan isi rumah juga rendah
• Indigenous
• Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah
dan Sarawak.
• Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi,
sosial dan budaya
• Di Sabah terdapat 23 suku kaum
• Terbesar Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei
• di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan,
Kelabit.
• Indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik
yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima
sebarang perubahan dunia luar.
• Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu.
• Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku.
• Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia
pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup
tradisional
• Masyarakat pedalaman
•
•
•
•
Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan;
Kurang guru pakar
Pertumbuhan pusat urban yang lembab
Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang
memberangsangkan
• Lokasi
• Jurang digital
Isu-Isu Ketidaksamaan
Peluang Pendidikan:
• Secara am, terdapat dua isu berkaitan dengan ketidaksamaan
pendidikan iaitu budaya tersekat dan pendidikan imbuhan.
Budaya Tersekat:
• Budaya tersekat bermaksud sekatan peluang ke atas
segolongan masyarakat disebabkan fkator-faktor seperti
kemiskinan, etnik dan lain-lain.
• Konsep ini amat popular semasa tahun 60an di Amerika
Syarikat di mana kanak-kanak berkulit hitam (African
American) atau taraf sosio-ekonomi yang rendah
dipinggirkan haknya.
• Dalam konteks Malaysia, sebelum kemerdekaan, pelajar
kawasan terpencil atau luar bandar itu dianggap sebagai
tersekat hak mereka untuk mendapatkan kemudahan
pendidikan yang asas berbanding dengan pelajar bandar.
Budaya Tersekat:
• Budaya Tersekat juga merujuk kepada pelajar yang
mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah kerana
latar belakang keluarga.
• Isitilah ini juga digunakan untuk bermaksud “culturally
disadvantage” kerana dipercayai bahawa masalah utama
ialah kekurangan relatif antara pengalaman rumah dengan
corak budaya yang diperlukan untuk pembelajaran di
sekolah.
• Contohnya, di kebanyakan kawasan luar bandar di
Malaysia, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa
adalah rendah. Tambahan pula, tumpuan diberi kepada
tugas-tugas mengerjakan kebun.
Budaya Tersekat:
• Selain itu, loghat bahasa tempatan digunakan dalam
kehidupan seharian.
• Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak
membantu seseorang kanak-kanak untuk memenuhi
kehendak pembelajaran di sekolah yang memerlukannya
menulis,
membaca
dan
berkomunikasi
dengan
menggunakan bahasa formal.
• Jelaslah bahawa latar belakang seseorang kanak-kanak itu
boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadap
pencapaiannya di sekolah.
• Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telah diterap
semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah kerana
kekurangan relatif.
Budaya Tersekat:
• Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah di
bandar, pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu
bapa mereka adalah lebih tinggi, dan tumpuan diberi
kepada pendidikan di sekolah.
• Ibu bapa membeli bahan-bahan untuk anak mereka dan
menggalakkannya membaca serta menggunakan bahasa
yang lebih kompleks untuk berkomunikasi.
• Latarbelakang seumpama ini banyak memberi seorang
kanak-kanak kelebihan dari segi peluang untuk lebih
berjaya di sekolah.
• Berbanding dengan golongan kanak-kanak ini, tidak
mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalangan budaya
tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi
(Sharifah,1995).
Pendidikan Imbuhan:
• Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan
pendidikan yang disebabkan oleh ketidaksamaan status
sosio-ekonomi.
• Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar
bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang
pendidikan yang berbeza.
• Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan
untuk mengatasi keadaan yang tidak seimbang itu.
• Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru
dalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua
di beberapa negara Barat.
• Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap
kepentingan pendidikan.
Pendidikan Imbuhan:
• Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk
menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya
untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973).
• Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluang
pendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah
menegah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanakkanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding
dengan mereka daripada golongan memengah dan atasan.
• Ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa
yang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka
daripada menerima pendidikan.
Pendidikan Imbuhan:
• Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian
mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan
pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan
keamanan sesebuah negara.
• Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebut
dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah
mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem
pendidikan mereka.
• Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat.
Apabila berlakunya masalah ketidak stabilan sosial yang
serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program
baru yang dipanggil “Head Start” telah diperkenalkan untuk
membantu perkembangan pendidikan di kalangan golongan
rendah masyarakat.
Pendidikan Imbuhan:
• Di Malaysia pula, lanjutan daripada Laporan Keciciran
(1973), Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan
melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975.
• Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkan
dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru
berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk
mengajar.
Faktor Persekitaraan Rumah Dan Sekolah Yang
Mempengaruhi Pencapaian Akademik
• Pencapaian akademik seseorang pelajar tidak bergantung
kepada IQ semata-mata.
• Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti perbezaan kelas sosial,
sosialisasi, dan lokasi di bandar atau luar bandar juga
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
•
Perbezaan Kelas Sosial:
• Mengikut Ting (1985), Kelas Sosial merujuk kepada
golongan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi
yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang didiami, dan
lokasi rumah.
• Ahli sosiologi selalu mengaitkan pencapaian akademik
pelajar dengan latarbelakang budaya ibu bapa, tahap
pendidikan dan profesion mereka.
Pengaruh Kelas Sosial
Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar
Aspek
1. Bahan
Pembelajaran
2. Kelas tambahan
3. Pakaian seragam
Sekolah
4.Pendidikan
Ibu Bapa
Kelas Sosial Atasan
Kelas Sosial Bawahan
Tidak ada bahan pembelajaran atau tidak
Bahan pembelajaran yang mencukupi
mencukupi
Kesan:
Kesan:
Pelajar bersedia untuk belajar
Pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran
dan oleh kerana itu keupayaan belajar terjejas
Pelajar mempunyai seorang tutor
Tidak mampu membayar yuran kelas tambahan
Kesan:
Kesan:
Kemahiran dan pengetahuan pelajar Pemerolehan pengetahuan bergantung sepenuhnya
dapat ditingkatkan kerana menerima kepada sekolah dan diri sendiri
bimbingan secara individu
Pakaian seragam sekolah pelajar
kelihatan bersih, kemas dan baru Kesan:
Harga Kendiri pelajar tinggi. Yakin
semasa mengikuti pelajaran yang diajar
Pakaian seragam sekolah pelajar selalunya menjadi
lusuh, compang-camping dan tidak terurus.
Kesan:
Harga kendiri pelajar rendah. Kurang yakin untuk
mengikuti pelajaran yang diajar
Ibu bapa biasanya berpendidkan tinggi
dan mementingkan pendidikan anak
Menggalakkan anak mencapai akademik
yang lebih tinggi. Mereka membimbing
anak dalam kerjayanya.
Kesan:
Pelajar sedar tentang pentingnya
pembelajaran dan perancangan
awal kerjaya mereka
Ibu bapa biasanya berpendidikan rendah dan tidak
memberi perhatian kepada pendidikan anak
Mereka kurang berpengetahuan lalu tidak boleh
membimbing kerjaya anak.
Kesan:
Pelajar kurang bermotivasi untuk pencapaian
akademik yang cenerlang
Perbezaan Sosialisasi Dan Bahasa
• Mengikut Marimuthu (1990), sosialisasi merujuk kepada proses seorang
individu belajar cara bagaimana hidup bermasyarakat supaya dapat
disebatikan cara tersebut dengan personalitinya.
• Melalui proses ini, individu berkenaan memperoleh nilai, kepercayaan,
norma, dan ciri-ciri serta tingkah laku sosial masyarakat dimana dia
adalah seorang ahli.
• Sebaliknya, komunikasi adalah satu alat untuk berkomunikasi.
Berdasarkan kegunaannya, bahasa boleh diklasifikasi kepada dua
kategori utama: bahasa kompleks dan bahasa biasa.
• Bahasa kompleks berkait dengan kegunaan kata sifat, kata kerja, kata
penghubung dan kata nama. Corak bahasa sejenis ini membolehkan
seorang itu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Manakala,
bahasa biasa lebih menggunakan kata nama dan frasa biasa sehingga
menjadi pertuturan yang stereotaip (Sharifah Alwiah, 1985).
Implikasi Sosialisasi Dan Bahasa
Terhadap Pencapaian Akademik
Aspek Sosialisasi
1. Nilai:
 Kepentingan ilmu
 Pengurusan Masa
2. Kepercayaan agama
Bahasa Kompleks
Bahasa Biasa
Penggunaan bahasa biasa oleh ahli
Penggunaan bahasa komplek oleh ahli keluarga tidak dapat memupuk nilai yang
keluarga dapat memupuk nilai yang
berkaitan dengan kepentingan ilmu dan
berkaitan dengan kepentingan ilmu dan pengurusan masa di kalangan anak
pengurusan masa di kalangan anak
mereka
remaja mereka
Kesan:
Kesan:
Pelajar tidak bagitu sedar tentang
Kesedaran di atas menjadi motivasi
kepentingan pendidikan maka
intrinsik kepada anak untuk mencari ilmu mengabaikan tanggungjawab untuk
mencari ilmu
Bimbingan terhadap kepercayaan agama
Kepercayaan agama digalakkan oleh ahli oleh ahli keluarga yang menggunakan
keluarga atau ibu bapa dengan
bahasa dan loghat tempatan tidak begitu
menggunakan bahasa yang kompleks.
berjaya dan anak remaja kurang
Anak mendapat bimbingan yang baik
menerima bimbingan tersebut
Kesan:
Kesan:
Ajaran agama menjadi garis panduan
Ajaran agama diabaikan, dan anak
tindakan anak-anak remaja dan mereka remaja kurang dibimbing atau dibantu.
memberi tumpuan kepada kepentingan Maka kepentingan memperoleh ilmu
memperoleh ilmu.
bukan merupakan tanggungjawab utama
Perbezaan Lokasi
Bandar Dan Luar Bandar
• Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar-pelajar di negara
ini tinggal bersama keluarga mereka sama ada di bandar
mahu pun di kampung.
• Data statistik menunjukkan bahawa sebanyak 84%
daripada sekolah-sekolah rendah terletak di kawasan luar
bandar dan 40% daripada sekolah-sekolah tersebut
mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang
(Sharifah, 1995).
• Hal ini membawa implikasi terhadap pencapaian akademik
pelajar.
Perbezaan Kemudahan Awam
Antara Bandar Dengan Kampung.
Aspek
Bandar
Kampung
1. Bekalan air dan
lektrik
Mempunyai bekalan air dan lektrik
Kesan:
Pelajar boleh memberi tumpuan
kepada pelajaran. Mereka boleh
belajar dalam keadaan yang
selesa.
Ada kalanya tidak mempunyai
bekalan air dan elektrik
Kesan:
Pelajar membazir masa
mengangkut air daripada perigi dan
sungai.
2. Pusat tuisyen
Terdapat banyak pusat tuisyen
Kesan:
Boleh mengikuti kelas tuisyen
untuk meningkatkan lagi kemahiran
dan pengetahuan
Sukar mendapat pusat tuisyen
Kesan:
Pembelajaran hanya bergantung
kepada input sekolah sahaja
3. Perpustakaan
Terdapat perpustakaan awam.
Kesan:
Ini membolehkan pelajar membuat
rujukan tambahan dan tempat
belajar yang selesa
Tidak ada perpustakaan awam.
Kesan:
Hanya bergantung kepada bahan
rujukan perpustakaan sekolah.
Oleh kerana saiz sekolah kecil,
maka bahan rujukan adalah
terhad.
Ciri-ciri Sekolah Yang Mempengaruhi
Pencapaian Akademik
• Terdapat beberapa ciri sekolah yang boleh mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.
• Tiga daripada ciri-ciri tersebut, ialah budaya sekolah,
jangkaan guru, dan keberkesanan sekolah.
A) Budaya Sekolah
• Mengikut kebiasaan, budaya sekolah merujuk kepada
persekitaran keseluruhan pelajar itu di sekolah.
• Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong
dikatakan mempunyai kesan positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Mengikut Colin Marsh (2000), budaya sekolah sering
berubah dan tidak statik.
Ciri-ciri Positif Sekolah
Aspek
1. Keadaan fizikal
sekolah yang baik
Ciri Positif
a. Bilik darjah yang mencukupi dan tiada kelas terapung membolehkan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
b. Kemudahan untuk aktiviti rekreasi, contohnya padang, dan jimnasium
mengurangkan tekanan pembelajaran di kalangan pelajar
2. Aspek sosial yang
menghasilkan
seorang insan yang
baik dan berguna
Sekolah menganjurkan projek gotong royong, dan kem kaunseling untuk
memupuk nilai murni, dan Hari Kantin bertujuan mengutip derma untuk pelajar
miskin serta memberi pelajar mencari pengalaman berniaga
3. Budaya ilmu yang
positif
a. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah
membantu pelajar memilih kerjaya masa depan
b. Pengetahuan yang dipelajari itu membantu pelajar membentuk personaliti
dengan kreativiti sendiri
4. Menguasai bahasa a. Pelajar yang dapat menguasai bahasa dengan baik boleh mengambil
bahagian dalam bahas, pidato, dan lain-lain
b. Penguasaan bahasa yang baik memberi keyakinan kepada pelajar untuk
berinteraksi dengan orang lain.
(B) Jangkaan Guru
• Jangkaan guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap
pencapaian pelajarnya dalam aktiviti pembelajaran.
• Jangkaan ini terbentuk hasil daripada penelitian data
pencapaian akademik yang lepas, pemerhatian perlakuan
pelajar serta interaksi guru dengan pelajar.
• Jangkaan ini membantu guru memotivasi pelajarnya ke
arah pencapaian akademik yang lebih tinggi.
• Guru selalunya menyampaikan jangkaan ini melalui mimik
muka, gaya dan tingkahlaku personal.
Hubungan Antara Jangkaan Guru Dengan
Pencapaian Akademik Pelajarnya
1. Jangkaan guru yang tinggi terhadap kemampuan pelajar
bertujuan untuk:
• Meningkatkan usaha pembelajaran;
• Mempunyai keyakinan dalam penglibatan diri semasa
aktiviti pembelajaran;
• Menghasilkan tugasan yang baik; dan
• Selalu bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru.
Contoh: membaca topik dahulu sebelum pengajaran
dilaksanakan, dan menyediakan soalan yang berkaitan
untuk bertanya dalam kelas.
• Kesan: Pencapaian akademik pelajar meningkat.
2. Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian pelajar
menyebabkan pelajar: :
• Malas untuk mencuba;
• Mengamalkan sikap mencari jalan yang paling senang
semasa melengkapkan tugasan;
• Kurang memberi tumpuan kepada guru; dan
• Kurang terdorong untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran di bilik darjah seperti bertanya dan menjawab
soalan.
• Kesan: Pencapaian akademik pelajar mula merosot.
Ciri-ciri Sekolah Berkesan
• Secara am, sekolah berkesan menawarkan peluang
pembelajaran yang sama kepada pelajar tanpa mengira ras,
status sosio-ekonomi atau jantina.
• Selain daripada itu, sekolah berkesan juga memastikan
bahawa semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang
kondusif.
• Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai
sekolah yang menolong pelajar berkembang lebih daripada jangkaan
berdasarkan latar belakang keluarganya.
• Beliau menambah bahawa sebuah sekolah adalah berkesan sekiranya ia
dapat:
• Mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan
mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya.
• Memastikan setiap pelajar boleh memaksimumkan potensinya.
• Meningkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar dalam semua
aspek.
• Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Ciri-ciri Sekolah Berkesan
1. Pengurusan yang berkesan, dinamik, proaktif,
dan mesra dengan klien;
2. Peraturan sekolah yang jelas;
3. Guru berterampilan dalam bidang masingmasing dan mesra dengan klien;
4. Kemudahan dan infrastruktur fizikal yang
mencukupi;
5. Persekitaran sekolah yang ceria;
6. Jangkaan yang tinggi terhadap pelajar dan
guru;
7. Kepimpinan yang kukuh;
8. Semua ahli mempunyai komitmen untuk
mencapai kejayaan;
9. Kerjasama rakan sejawat dan kerja
berpasukan.
Pencapaian Akademik Pelajar
1. Pelajar berasa selamat dan selesa belajar
dalam iklim sekolah;
2. Pelajar bermotivasi untuk mengikuti pelajaran;
3. Tumpuan murid terhadap pengajaran menjadi
lebih berfokus;
4. Disiplin pelajar terkawal;
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan
dalam suasana yang menyeronokkan;
6. Keperluan pelajar dapat dipenuhi;
7. Persaingan yang sihat di kalangan pelajar
dapat meningkatkan tahap pencapaian
akademik;
8. Hubungan yang mesra antara murid dan antara
guru dengan murid menyebabkan persekitaran
sosio-emosi yang boleh merangsang
pembelajaran.
Rujukan:
•
Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement. Englewood Cliffs. New
Jersey: Prentice Hall.
•
Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis and application. 2 nd
Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a Bell and Howell Company.
•
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia.
•
Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi
kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
•
Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon
•
Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2nd Edition. Needham Heights,
Massachusetts: Allyn & Bacon.
•
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.
•
•
Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education.
http://WWW.collegetermpapers.com
•
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice
Hall.
•
Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York:
Publishing Co.
•
Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca: Peacock Publishers,Inc.
•
Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.
•
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2.Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan
Guru
•
Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Macmillan
•
Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and Psychology. Forth
Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.
•
Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.
•
Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
•
Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching. Englewood Cliffs, New Jersey:
Prentice Hall.
•
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
•
Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi.Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia
•
Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan.Serdang: Fakluti Pengajian Pendidikan.